Tuesday, June 15, 2010

Pelita...




Sesuatu telah berlaku pada 27 Mei 2010..dan saat ini saya baru ada sedikit kekuatan untuk menulis dan berkongsi. Bukan untuk dinilai tapi ini adalah coretan pengalaman. Saya kaunselor dan saya juga warden..tak pe saya ambil sebagai positif. Saya rasa itu adalah satu pengalaman untuk saya sepanjang menjadi guru. Saya sedang menerima apa yang berlaku walaupun saya sendiri berperang dengan diri saya. Saya jadikan ini satu pengalaman, satu cabaran dalam menghadapi tugas sebagai kaunselor dan juga warden..saya tertanya-tanya adakah saya mampu? Selepas mendengar lirik bait lagu Pelita ini saya tahu saya mesti teruskan...Allah akan uji pada hambanya yang hebatkan? Jadi tak pe saya terima. Ya Allah saya minta kuatkan diri saya untuk hadapi cabaranMu Ya Allah...Pada sahabat dan kawan..thanks selalu support saya...Saya pasti ada hikmahNya...dan saya akui kadangkala saya terfikir apakah kesudahan saya dalam hal ini...di mana dan bagaimana saya perlu hadapi...but life must go on..saya sedang dan terus untuk positif...takkan ku meyerahkan kalah walau mimpi ku musnah, harapan ku hancur, sayap ku patah...kan ku pacarkan cahaya seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita

Artist - API
Lagu - Pelita

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini

Tak pernah sesaat daku menyesali
apa yang telah aku nikmati
apa ku alami

Selagi hayat di kandung badan

Chorus
Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah

Kan ku pancarkan cahaya
seperti pelita
ke serata dunia
yang gelap gelita

Sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Tak pernah sesaat ku mencurigai
apa yg telah aku kecapi
setakat ini

Tiba saatnya kan ku tangisi
pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi

Selagi hayat di kandung badan

[Chorus]

Selagi jasadku belum terkubur
selagi tubuhku, belum ditimpa uzur
pantang datuk nenek moyangku berundur

[Chorus]

Sunday, June 13, 2010

Ku ada kamu sahabat Part 2






sekali lagi pada 12-13 jun, kami telah menghabiskan masa bersama2 ke Kuala Pilah untuk berjumpa ibu dan dad (parents angkat saya kini mereka juga..macam2 kami bualkan...seronok rasa sambil menikmati sambal sotong, udang masak lemak, ayam goreng dan menikmati pemandangan yang cantik di halaman rumah. Kami juga berjalan2 ke Melaka...Kota A Famosa (kan bgs kalu anak jati Msia punya), Menara Taming Sari dan pelbagai lagi tempat yag menarik..asgmnt utk dip ed masih tak siap...tapi kalau asyik memikirkan asgmnt yang tak habis2 lagi tak ke mana kan?percaya atau tidak pada saat ni kami masih lagi pulun asgmnt untuk dihantar esok...ni namanya pengorbanan dan reward..kami da berseronok tadi dan sekrg masa utk berasgmnt dan pembentangan modul pada pagi nanti..tadi waktu balik ke Bangi terjumpa pelajar MRSM selatan...da kalau namanye Kaunselor mana pergi pun pelajar kenal kan...bukan setakat Kaunselor di tempat mereka sahaja semua kawan Kaunselor habih turut terkenal..huhuhu. Hajar, Niza, Kak Nik dan Ros..saya sayang korang.Tq bagi support, momen yang indah dan segalanya untuk bersama.TQ..sangat menghargai

Friday, June 11, 2010

Ku ada kamu sahabat...



Sahabat? Apa pentingnya? Terpulang pada jawapan masing-masing. Hari ini saya telah menghabiskan masa bersama sahabat2 saya...sahabat2 kaunselor saya..Nieza, Kak Nik, Hajar dan Ros...kalu nak fikir pasal kerja memang takkan habis...jadi kami ambil peluang ini untuk melakukan aktiviti kesukaan kami...tengok wayang dan berjalan2 untuk menenangkan fikiran...saya sangat menghargai sahabat saya...setiap apa yang kami lalui sentiasa menjadi satu kenangan terindah dalam hidup masing-masing..hargailah sahabat anda selalu...

Thursday, June 10, 2010

Sebuyau...Kami Datang


Pada 7-9 Mei 2010 lepas..saya bersama team pelajar terdiri daripada 5 orang PRS dan 28 pelajar Tingkatan 4 bertolak ke SMK Sebuyau untuk melaksanakan Program Khidmat Masyarakat : Kem Motivasi PMR kepada lebih 243 orang pelajar di sana. Apa yang ingin saya kongsikan di sini...syukur dan saya tabik pada team pelajar saya. Kami bersama 15 orang lagi pelajar senior di sana bertungkus lumus untuk memastikan kem ini berjalan lancar. Saya percaya setiap daripada kami telah pun melukis satu garisan yang menyakinkan yang mana akhirnya terbentuk satu lukisan yang sangat hebat di hati kami semua. Bermula daripada Ice Breaking hinggalah majlis penutup, team student saya telah menjalankan tanggungjawab sebagai fc yang pada saya sangat mengujakan. Berbekalkan latihan modul yang saya ajar selama 4 hari sebelum bertolak, mereka boleh lakukan. Apa yang menjadikan satu memori yang indah adalah apabila mereka semua mampu bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam memastikan matlamat kami semua tercapai. ini adalah salah satu perkara yang hebat pada saya seagai seorang guru. Tak rugi saya latih hampir setengah tahun PRS saya dan mereka telah buktikan mereka membesar dengan pengalaman yang telah disediakan. Terima kasih semua..terima kasih
PRS Nabilah (self confidence)
PRS Zuharah (creative thinking)
PRS Insyirah (a lots of improvement)
PRS Ashley (good listener)dan
PRS Rasyidah (interpersonal skill 1 by 1...)
dan yang lain Elvis (what a good boy), Peter, Rifqi, Hafiz, Clearence, Well, Afifah, Aniz, Hanis, Syarafina, Natrah, Fariza, Deebie, Cecil, Joselyn, Mary, Nina, Fatin Alyaa, Helia, Ayu, Muneerah, Amalina, Dayana, Patcey, Azmeera, Aina, Syaheeda dan Fatihah
Semoga pengalaman ini bisa menjadikan anda manusia yang hebat.Insyaallah

Wednesday, June 9, 2010

tips menangani stress

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
6. Membentuk pengurusan masa yang baik.
7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.
14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.

aduhai penciptaku...sesungguhnya...

Ya Allah,
Rasa ini berat sekali,
Bagaimana untuk diri ini terus berjuang,
Bukan patah semangat,
Bukan juga buntu akal,
Tetapi jauh di relung hati,
Terasa kalah dalam pencarian langkah dan rentak.

Murobbi,
Gelaran yang agung buat seorang muallim,
Muaddib,
Bukan sedikit tanggungjawab yang diamanahkan,
Pentarbiyahan diri berlaku,
Namun sering juga diri yang fakir,
Kalah dalam istiqamah pada jalan-Nya.

Ya Rahman Ya Rahim,
Ya ‘Arif Ya Mutakabbir,
Bekalkanlah kami dengan kekuatan,
Agar mampu kami berjuang,
Dan terus bertahan,
Di medan ilmu bernama pendidikan.

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

Pengenalan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.


Teknik Belajar 5R-STUV
1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

1. s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. t-test your self [uji diri anda]
3. u-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

hayatilah..wahai pelajar ku...

Wahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi.

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

1.Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh
menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan
semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2.Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan
mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.
Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak
mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba
belum tahu.
3.Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,
bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah
keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada
generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar
hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha
lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4.Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran
semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar
adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main
dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang
yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah
lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak
terpelajar seperti mereka sendiri.
5.Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi
peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau
peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar
yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah
mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat
guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi
'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.
6.Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang
bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian
bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan
yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan
mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda
andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'
Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
7.Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang
mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota
ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk
mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan
pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan
semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan
selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?
8.Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan
pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang
yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,
maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9.Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan
sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah
tertinggal itu.
10.Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru
sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru
adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang
memberikan kita ilmu.
11.Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami
pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama
Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-
jawab'.
12.Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam
proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-
rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.
Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran
pelajar.
13.Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang
pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas
perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan
akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
14.Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
15.Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group)
bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu
kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang
akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan
gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
16.Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan
yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan
mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu.
Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah
pelajaran.
17.Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini
merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip
atau artis.
18.Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk
mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain
lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita
semasa.
19.Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri)
seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai
pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan
peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya.
Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan
peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu
tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-
pandailah cari ubatnya.
20.Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang
pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang
yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan
efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
21.Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan
untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
22.Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang
diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam
bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin
menerima pelbagai tips dan petua berguna.
23.Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat
memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan
senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat
pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan
cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami
kualiti sesuatu buku rujukan.
24.Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan
lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
25.Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku
yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda
akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu,
ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai
minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke
kandang najis... (fikirlah sendiri)
26.Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam
kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak
yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat
akan melahirkan pemikiran yang lembab.
27.Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang
hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau
cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang
dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka
melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka
mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan
kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha
hebat. Pandai-pandailah membawa diri.
28.Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan
sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.
Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah
jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
29.Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara
menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat.
Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai
yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan
berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
30.Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan
memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang
baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan
yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
31.Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada
pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang
dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar
cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi
peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga
untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
32.Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam,
tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh
agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama
masing-masing.
33.Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
34.Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika
gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan
kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan
semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang
lebih cemerlang.

SELAMAT HARI GURU

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu, membina

Negara yang tercinta


Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan